Myset or Mindset

MY SET ATAU MINDSET

Tidak dinafikan ramai potential buyer yang mencari Iphone mesti berkehendakkan MY set.Antara faktor menyebabkan mereka menjadi pemburu MY set adalah kerana:

1.Mendengar cerita set luar payah untuk urusan claim di Malaysia (Sekarang,bermula set Iphone X kalau bukan bermula dari Iphone 7,warranty Iphone set luar sudah boleh claim di Malaysia waima turbo sim sekalipun melalui pengalaman saya dan rakan-rakan).

2.Seller yang mengelirukan pengguna dengan istilah imported/refurbished.(Ya,set luar yang dibawa masuk oleh pembekal ke Malaysia selalunya akan dipanggil imported set even refurbished sekalipun.Namun begitu,terdapat segelintir seller yang kurang jujur atau mengambil kesempatan atas kurangnya pengetahuan pembeli dengan menidakkan perkataan refurbished kepada Iphone yang dijual sebaliknya mengatakan set baru/2nd imported set bergantung kepada pakej set yang sampai kepada mereka).

3."Ditakutkan" dengan cerita LL set banyak problem.(Kebanyakkan set LL yang berada di negara kita,khususnya untuk model Iphone 7+ ke bawah adalah set refurbished.Jadi ada diantara set yang "dibarukan" itu mempunyai masalah,tetapi tidak semua,bergantung kepada nasib.Natijahnya,apabila Iphone 11 dilancarkan di US kelak dengan model region LL,ia akan di"kambing hitam"kan atas sebab set yang bermasalah ekoran kekeliruan ini).

Jadi,mengikut pandangan saya,ketiga-tiga faktor ini dilihat sebagai penyumbang kepada "doktrin aku perlu cari MY set sahaja".Selain itu,ia juga menyukarkan penjualan set Iphone imported yang sebenar (untuk model yang latest) kepada end user.

Jadi set mana yang saya pakai sekarang?Saya sendiri menggunakan Iphone Japan set lengkap dengan Easy Sim untuk unlocked phone berserta pakej camera tak boleh silent bila tangkap gambar.Sihat walafiat pakai sampai sekarang.Oh ya,dengan IOS 11.4 yang boleh diupdate ke 11.4.1 cuma belum berkesempatan.Jadi betulkan juga pandangan anda terhadap Iphone yang menggunakan Easy Sim tidak boleh update IOS,cuma ia memerlukan masa yang tepat untuk proses ini bagi mengelakkan phone anda daripada kena locked.

Kenapa saya tak pakai MY set?Soal locked by telco.Mengambil iktibar dari kes Iphone 7 dan 7+ yang hangat dengan isu ini bahana seller atau pengguna yang mengambil pakej Iphone murah tapi tidak membayar bil.Saya juga mempunyai sebab yang unik tidak memakai set MY.Ya,saya pernah ditipu.Saya ditipu daripada pembacaan saya di Facebook mengenai Iphone MY yang:
1.tidak perlu dicas sehingga setahun.
2.boleh menjadi pengganti passport untuk membuktikan kita warganegara Malaysia.
3.kalis air dan api.
4.tidak akan rosak sampai bila-bila.
Maklumlah saya ni pembaris.Jika anda percaya,kita geng.

Kesimpulannya,untuk pembelian gadget yang mencecah ribuan ringgit,anda perlu menambah pengetahuan dengan pembacaan mahupun tontonan video gadget berkaitan atau merujuk kepada rakan/individu yang lebih berpengetahuan sebelum melakukan pembelian.Selain itu,keluarlah dari dunia atau stigma Iphone MY set je yang original.Jadilah pengguna yang bijak.

Nukilan Ikhlas,
Pemilik Iphone Japan Set Yang Kusut,Masai JDT

[ COPY/PASTE Dari seseorang ]

Comments

Popular posts from this blog

Maksud iPhone "Refurbished" . Kenapa ramai memilihnya ?

Cara Mengenal iPhone Original