Maksud iPhone "Refurbished" . Kenapa ramai memilihnya ?
Overview
Ini adalah daripada pengalaman saya sebagai seorang seller dalam jual beli iPhone secara online khususnya. Perkara pertama kita kena tahu biasanya iPhone ini terbahagi kepada beberapa kategori:
1. New Set dari Apple Store local (MY set/Malaysia set)
2. New Import Set dari Apple Store luar negara (Negara selain Malaysia)
3. New Refurbished Set (juga dikenali sebagai "import set")
4. Second hand (samada second hand set daripada set 1, 2 atau 3)
So macam mana perbezaan semua kategori tu ?
1. New Set dari Apple Store local (MY set/Malaysia set)
Di Malaysia set nombor 1 adalah yang PALING LARIS. Kenapa ? Ya sebab utama adalah WARRANTY direct under APPLE STORE yang mana pengguna boleh terus hantar ke mana-mana cawangan wakil service center Apple yang terdekat untuk proses claim warranty jika berlaku sebarang kerosakan pada device. Sebagai pengguna, ini adalah satu faktor yang paling penting kerana kebanyakan pengguna akan takut untuk membeli jika berlaku kerosakan pada device mereka kelak.
Selain itu, faktor harga untuk jual semula juga merupakan satu sebab kenapa set nombor 1 ini dipilih. Ini kerana kebiasaannya pengguna set 1 ini terdiri daripada mereka yang cepat menukar/upgrade device mereka. Jadi untuk mereka jual semula set 1 ini adalah lebih senang berbanding set lain disebabkan permintaan yang tinggi.
Berkenaan dengan HARGA pula, ya harga memang paling MAHAL dibandingkan dengan set yang lain.
TETAPI, harus berwaspada kerana ketika artikel ini diupdate pada 24/1/2019, ramai yang menjadi MANGSA my set apabila iPhone yang dibeli mereka terkena "TELCO LOCK" !
2. New Import Set dari Apple Store luar negara (Negara selain Malaysia)
Ok yang ini pula adalah set dari Apple Store luar negara. Untuk set nombor 2 ini, WARRANTY juga merupakan satu isu kerana set luar negara ini ada sesetengah orang kata TAK BOLEH claim warranty APPLE Malaysia. TAPI, ada juga yang mengatakan set luar ini juga BOLEH CLAIM WARRANTY APPLE Malaysia. Semasa artikel ini diupdate pada 21/10/2017, saya difahamkan set ini telah boleh dihantar untuk claim warranty Apple Malaysia jika berlaku sebarang kerosakan pada device. Kebiasaannya permintaan untuk set import ini boleh juga dikatakan kurang sedikit berbanding set nombor 1.
Untuk HARGA pula, kebiasaan set ini adalah lebih murah sedikit berbanding set 1.
TETAPI, harus berwaspada juga kerana set import pun ada yang under TELCO, ada yang terpaksa guna TURBO SIM (US set) dan sebagainya untuk bypass network Malaysia.
3. New Refurbished Set (juga dikenali sebagai "Import Set")
Yang ini pula adalah set yang telah DIPERBAHARU semula komponennya yang mana perlu untuk ditukar .Ok yang ni ramai yang keliru kerana ada juga sesetengah pihak yang menganggap refurbished set ni adalah import set seperti nombor 2.
Untuk pengetahuan kita, memang refurbished set ini kebanyakannya dipanggil set import kerana country code biasanya "LL" yang bermaksud refurbished set daripada set US dan sebagainya. Tapi statusnya adalah berbeza dengan set 2.
Ini kerana REFURBISHED set adalah set YANG PERNAH DIPERBAHARUI samada under APPLE sendiri atau 3rd PARTY(pihak ketiga). Kebanyakan refurbished set yang dijual di kedai ataupun online biasanya adalah refurbished daripada 3rd party yang mana WARRANTY adalah UNDER KEDAI. So bermakna untuk urusan claim warranty adalah melalui seller ataupun kedai yang terlibat.
PALING PENTING, refurbished set ini adalah 100% SAMA dengan set 1 dan 2 dari segi fungsinya dan memang BUKAN CLONE/COPY ORIGINAL. Bezanya hanya pada warranty provider sahaja. Akan tetapi, harus diakui bahawa HARGA untuk refurbished set ini adalah JAUH LEBIH MURAH berbanding set 1 dan 2. Antara kelebihan refurbished set:
- Device adalah baharu
- Dapat full set
- Warranty adalah baharu
- Bebas dari sebarang isu (Telco lock/Apple ID lock/fon rosak dan sebagainya)
- Tak perlu keluar duit jika ada kerosakan dalam tempoh warranty
- Jadi tiada risiko duit anda untuk "hangus"
Selain itu, jika dibeli daripada seller yang trusted seperti JADKB GADGET, iDevice refurbished ini sangat SENANG UNTUK CLAIM WARRANTY kerana servisnya sepantas 30 minit. Mereka sangat mengutamakan service after sale. Kebiasaannya proses claim warranty adalah LEBIH CEPAT berbanding set 1 dan 2. Lagipun bukannya senang-senang je iDevice boleh rosak.
4. Second hand (samada second hand set daripada set 1, 2 atau 3)
Untuk set yang ke-4 ni senang cerita set yang second hand samada daripada 3 jenis diatas. Biasanya harga untuk set ini pun mengikut priority juga yang mana second hand untuk set 1 biasanya lebih mahal diikuti set 2 dan 3. Untuk set ini biasanya customer akan tanya seller samada masih under warranty ataupun tidak. Biasanya kalau dah habis warranty, seller sendiri akan bagi personal warranty yang mana bergantung mungkin sekitar 1-4 minggu.
TETAPI, harus diakui untuk membeli set 2nd hand ni antara benda yang korang kena cek:
- Ada komponen yang rosak, tetapi tidak diberitahu kepada pembeli
- Kemungkinan terkena TELCO LOCK
- Pastikan log out Apple id (kalau tak boleh, kemungkinan fon curi)
Haaaa dah faham tak? kalau dah JANGAN LUPA LIKE & SHARE okay !
Jadi saya harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada pengguna diluar sana untuk memilih. "Ukurlah Baju Di Badan Sendiri" orang kata.



nak tanya mana lagi better , beli refurbished set atau second hand original?
ReplyDelete